Thursday, 25 August 2011

BEKAS TENTERA: JANGAN SESEKALI DIPERALATKAN!

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Malaysiakini pada 25 Ogos yang bakal menampilkan ramai lagi bekas tentera untuk mendedahkan manipulasi undi pos tentera sekali lagi dianggap cuba menjejaskan imej dan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana sengaja mensensasikan isu yang tidak berlaku.


Dakwaan tanpa menzahirkan sebarang bukti oleh bekas tentera yang bersekongkol dengan PAS hanya berteraskan kepentingan peribadi dan kuasa. Penjelasan sebelum ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Bekas-bekas PAT serta beberapa bekas tentera sudah jelas membuktikan bahawa tiada sebarang unsur manipulasi undi tentera oleh ATM. Sememangnya ATM melaksanakan proses pengundian mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.

Rakyat tidak perlu sangsi terhadap proses pengundian ATM kerana ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi setiap warganya tanpa sebarang pengaruh dari lapisan kepimpinan.

Mana mungkin undi tentera boleh dimanipulasi! Sedangkan pembangkang memenangi kawasan Parlimen/DUN yang mempunyai ribuan undi tentera seperti kawasan Bayan Baru (1,200 undi), Ipoh Timor (1,600 undi), Subang (3,000 undi) dan Bukit Bintang (1,800 undi).

Bekas tentera disarankan agar tidak diperalatkan oleh pihak-pihak berkepentingan kerana dikhuatiri akan menjejaskan semangat juang warga ATM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Janganlah terperangkap dengan janji-janji manis mereka yang hanya ingin memanfaatkan legasi cemerlang ATM bagi kepentingan agenda mereka.

Wahai bekas tentera! Hormatilah sumpah dan ikrar kesetiaan yang telah dilafazkan.
Sumber: Askarsetia.blogspot
GENGRAMBO

Saturday, 13 August 2011

Kerajaan Sentiasa Membela Bekas Tentera


Melalui tulisan blog-blog bekas tentera yang banyak memenuhi ruang internet, ramai yang memberi tanggapan bahawa ramai di kalangan veteran tentera yang menentang kerajaan. Kononnya terdapat bekas anggota tentera melalui blog mereka meluahkan bahawa kerajaan tidak lagi membela nasib mereka selepas mereka bersara awal.



Sebenarnya tidak,  apabila pencen anggota tentera mendapat wang gratuiti tetapi ada yang habis begitu sahaja akibat mereka rugi dalam perniagaan atau atas sebab-sebab lain, tetapi kerajaan akan tetap membantu mereka. Walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tetapi kerajaan tetap membela mereka. Kebanyakan blog yang menyiarkan masalah bekas tentera ini adalah dari blog yang menyokong pembangkang. Mereka ini menulis berita-berita mengenai bekas tentera yang bermasalah dan kemudiannya menokok tambah cerita yang tidak tepat demi menarik minat pembaca. Jadi kepada pembaca fikir-fikirkanlah. GENGRAMBO

Monday, 8 August 2011

Bonus Setengah Bulan Untuk Kakitangan Kerajaan, Pesara Pun Dapat RM 500

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan kepada penjawat awam dengan bayaran minimum  RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini.
Beliau juga tidak melupakan pesara kerajaan dengan mengumumkan pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500, dibayar pada tarikh sama.

Tahniah kepada semua kakitangan kerajaan dan pesara. Pemberian bonus menunjukkan kerajaan mengiktiraf  penjawat awam yang bekerja dengan penuh dedikasi. Diharap gunakan rezeki pemberian Allah tersebut sebaik mungkin. Alhamdulillah.
GENGRAMBO