Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

MAT SABU TAK LAYAK JADI RAKYAT MALAYSIA : KANANG

Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau yang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis Timbalan Presiden Pas itu menyatakan, Mohamad Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia , menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara.

“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya.

“Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah,” katanya dalam nada terketar-ketar menahan marah kepada Mingguan Malaysia..

Kanang, 67, ialah satu-satunya penerima dua pingat keperwiraan yang masih hidup iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Dua pingat berkenaan dianugerahkan berikutan pengorbanannya menentang pengganas komunis di Perak sekitar 1980 sehingga hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.

Mengulas lanjut, Kanang mengingatkan rakyat yang cintakan keamanan dan tanah air supaya tidak memberikan sokongan kepada Mohamad Sabu serta parti yang diwakili atau mana-mana parti yang bersekutu dengannya.

Katanya, gerak cara politik yang ditunjukkan Mohamad Sabu memalukan dan merupakan satu tragedi kepada rakyat Malaysia apabila sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi walaupun maruah dipijak-pijak.
“Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah.

“Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka,” tegasnya.
 
Sumber UTUSAN
GENGRAMBO

Saturday, 13 August 2011

Kerajaan Sentiasa Membela Bekas Tentera


Melalui tulisan blog-blog bekas tentera yang banyak memenuhi ruang internet, ramai yang memberi tanggapan bahawa ramai di kalangan veteran tentera yang menentang kerajaan. Kononnya terdapat bekas anggota tentera melalui blog mereka meluahkan bahawa kerajaan tidak lagi membela nasib mereka selepas mereka bersara awal.



Sebenarnya tidak,  apabila pencen anggota tentera mendapat wang gratuiti tetapi ada yang habis begitu sahaja akibat mereka rugi dalam perniagaan atau atas sebab-sebab lain, tetapi kerajaan akan tetap membantu mereka. Walaupun ada yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tetapi kerajaan tetap membela mereka. Kebanyakan blog yang menyiarkan masalah bekas tentera ini adalah dari blog yang menyokong pembangkang. Mereka ini menulis berita-berita mengenai bekas tentera yang bermasalah dan kemudiannya menokok tambah cerita yang tidak tepat demi menarik minat pembaca. Jadi kepada pembaca fikir-fikirkanlah. GENGRAMBO

Monday, 8 August 2011

Bonus Setengah Bulan Untuk Kakitangan Kerajaan, Pesara Pun Dapat RM 500

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan kepada penjawat awam dengan bayaran minimum  RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini.
Beliau juga tidak melupakan pesara kerajaan dengan mengumumkan pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500, dibayar pada tarikh sama.

Tahniah kepada semua kakitangan kerajaan dan pesara. Pemberian bonus menunjukkan kerajaan mengiktiraf  penjawat awam yang bekerja dengan penuh dedikasi. Diharap gunakan rezeki pemberian Allah tersebut sebaik mungkin. Alhamdulillah.
GENGRAMBO

Wednesday, 20 July 2011

Najib Jumpa Pope pun nak dipolitikkan

Apa nak jadi dengan pembangkang ni...Dato' Najib jumpa Pope Benedict XVI pun depa dah pikiaq macam-macam.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI berjumpa sebab nak bertukar-tukar pandangan bagi mewujudkan suasana dunia yang aman dan damai. Ini adalah kali kedua Perdana Menteri Malaysia diterima bertemu pemimpin tertinggi penganut Kristian Katolik. Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah berjumpa Pope John Paul II bagi mengadakan satu pertemuan yang dianggap merintis jalan ke arah persefahaman antara agama demi kesejahteraan sejagat.

Kunjungan Najib bertemu Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo di pinggir Rom bukan untuk mencari sokongan penganut Kristian di tanah air menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dan lawatan Najib ke Vatican City bukan untuk mendapatkan sokongan popular daripada pentadbir gereja seluruh dunia, Holy See.

Dakwaan serkap jarang daripada pertubuhan bukan kerajaan tertentu terhadap lawatan rombongan Najib itu sendiri yang bermotif politik. Jika tidak tahu perkara sebenar apa yang dibincangkan oleh dua pemimpin itu, lebih baik diam.

Pertemuan dengan Pope Benedict membuka peluang untuk Najib mengetengahkan konsep Pergerakan Sederhana Global untuk menangani keganasan dalam semua bentuk.
(Sumber Utusan). GENGRAMBO

Lagi Cerita Pasal Scorpene

Pembangkang dah tak ada cerita lain dah ke? Scorpene...Scorpene..Scorpene.
Sanggup bawak peguam dari Perancis untuk siasat kes tu...memang betui-betui nak bagi malu kerajaan Malaysia. Sanggup pulak kutip dana untuk support perbicaraan kes tu...
Kalau kutip dana untuk orang miskin dan anak yatim kan baguih, dapat jugak pahala. Dok kutip derma untuk malaun tu nak wat apa..perabih kan boreh jo. Dengar cerita, peguam tu akan "mengumpat" kes scorpene tu di tiga tempat pulak. Yang dok dengaq orang tu mengumpat, orang Islam pulak tu...
Nak tanya sikit kat hampa...Apa hukumnya dengaq orang mengumpat cerita yang belum tentu kesahihannya. Pikiaq-Pikiaq la no..GENGRAMBO

Saturday, 16 July 2011

Bekas Tentera Banyak Keistimewaannya

Kepada bekas-bekas tentera seluruh Malaysia yang sebahagiannya yang masih tidak bersyukur dan sering mempertikaikan pihak kerajaan yang telah memberi pelbagai keistimewaan kepada anda sila baca artikel berikut:

KUCHING: Kertas kerja berhubung pemintaan ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang mahukan mereka diberi layanan dan pengiktirafan setaraf bekas tentera di seluruh negara sudah diserahkan, namun masih menunggu kelulusan kerajaan.
Presiden PBPM, Shafiee Bakri berkata, kertas kerja terbabit mengandungi beberapa permintaan, antaranya pemberian pingat jasa dan elaun kepada bekas polis yang berkhidmat ketika darurat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, katanya, mereka meminta diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Bekas Polis serta pemberian kutipan Hari Pahlawan bagi menjaga kebajikan bekas anggota terbabit.
“Semua kertas kerja cadangan terbabit diserahkan kepada menteri berkaitan dan persatuan masih menunggu untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet,” katanya ketika menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Pemilihan PBPM Bahagian Negeri Sarawak 2011/14, semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Perancangan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Hadir sama Ahli Parlimen Santubong memerangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam majlis itu, Abang Johar turut menghadiahkan ‘buah tangan’ buat bekas anggota terbabit apabila mengumumkan menyalurkan peruntukan RM20,000 kepada PBPM Sarawak.
Shafiee berkata, pada masa sama, PBPM menyerahkan surat berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai memaklumkan dan berharap, Kerajaan Pusat mempertimbangkan rayuan bekas polis dengan sewajarnya.
“Persatuan memohon kerajaan mempertimbangkan rayuan bekas polis seluruh negara yang mahu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan bekas tentera,” katanya.
 Untungnya menjadi bekas tentera yang sentiasa dijaga kebajikan mereka walaupun telah bersara. Yang masih berkhidmat tentunya lebih terjaga dari semua sudut. Pihak yang merancang hendak menjadikan bekas tentera sebagai penyokong mereka untuk kepentingan puak pakatan, fikirlah sepuluh kali. Dapatkah anda berikan apa yang dimiliki sekarang ini. Fikir-fikirkan lah...
GENGRAMBO

BERSIH 2.0: Jika Anda Anggota Polis, Apakah Tindakan Anda?


Anggota polis dikutuk teruk oleh puak-puak Pakatan Haram. Ada yang menggelar mereka “anjing”. Ada yang mencarut pada mereka. Ada yang kata polis kejam dan zalim. Dan polis hanya berdiam diri, membiarkan ketua mereka menjawab segala tohmahan dan fitnah tersebut.

Saya terfikir, sebagai manusia biasa yang bertugas sebagai penjaga keselamatan dalam negeri, apakah polis tidak punya perasaan bila dikutuk sebegitu rupa? Apakah anggota PDRM di seluruh Malaysia tidak punya hati dan perasaan?

Selama ini, puak-puak tertentu melaung-laungkan hak dan asasi manusia. Apakah anggota PDRM bukan manusia? Dimanakah letakknya hak mereka sebagai manusia, sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk mengawal keamanan negara dari unsur-unsur negatif seperti BERSIH!

Mereka dituduh kononnya kejam, sedangkan itulah tindakan terbaik yang mengikut standard polis di dunia untuk mengekang perhimpunan haram, rusuhan dan seumpamanya. Salahkah mereka bertindak begitu? Salahkah mereka bertindak sedikit tegas dan garang untuk meleraikan perkara yang menidakkan hak rakyat lain dan diri mereka sendiri?

Mereka pun tak suka dikerah untuk bekerja begitu teruk. Mereka juga ada keluarga dan anak bini untuk diluangkan masa bersama. Mereka juga ada tanggungjawab peribadi.

Namun, memandangkan mereka mengutamakan keamanan negara, mereka rela berkorban meninggalkan kepentingan keluarga untuk mengekang BERSIH yang memang betul-betul menyusahkan rakyat dan semua anggota polis di seluruh Malaysia.

Hasil dari tindakan mereka yang sedikit keras itu menyebabkan mereka digelar kejam, zalim, anjing, b*bi, dicarutkan, dimaki hamun, ditohmah dan difitnah oleh media serta pemimpin puak-puak Tertentu. Adilkah mereka dihukum begitu sedangkan puak-puak itulah punca segala kekalutan negara sebelum ini!

Selama ini puak-puak parti berkenaan selalu menyusahkan anggota polis. Apa saja tindakan polis, semuanya salah. Suruh berkali-kali bersurai cara baik, mereka dibalas dengan maki hamun. Bila diarah dengan cota, gas pemedih mata dan semburan air, mereka dikatakan kejam pula!

Apa kata jika semua polis di dalam Malaysia ni letak jawatan dan kita suruh semua pemimpin Bershit tu jadi polis. Kemudian kita buat perhimpunan macam diorang dan kita tengok macamana diorang nak kawal keadaan. Masa tu kita tunjuk perasaan cukup-cukup, amacam?”

Saya tahu, meskipun ada yang setuju, tapi kita takkan berbuat begitu. Kita tidak sebodoh dan tidaklah bersifat tidak rasional seperti BERSIH. Namun sekiranya terjadi, saya fikir, pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sama.

Wednesday, 13 July 2011

Anwar: Sandiwara Yang Tidak Bersih

Nukilan http://gemabersuara.blogspot.com

ANWAR Ibrahim memang pandai berlakon dengan memperalatkan Datuk S.Ambiga untuk memimpin perhimpunan haram pada 9 Jul yang lalu. Anwar terus bersandiwara untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak lagi memberi tumpuan kepada kes liwat dan isu video seks yang semakin menjejaskan kredibilitinya. Rakyat terutama ahli dan penyokong PR sekali lagi ditipu dan diperdaya oleh Anwar.

Terbaru Anwar dalam Youtube telah memaparkan gambar beliau terbaring atas katil dan mendakwa dipukul oleh anggota polis semasa perhimpunan haram – lakonan dan sandiwara terhebat menagih simpati rakyat. Rakyat sudah muak dan sudah tidak percaya kepada Anwar termasuk isterinya, Wan Azizah serta anaknya, Nurul Izzah.

Anwar memang pakar “lorong belakang” kerana telah berada di Hotel KL Hilton sebelum jalan menghampiri ibukota ditutup dan dikawal rapi oleh pihak polis. Anwar bersama penyokongnya telah berarak dari hotel tersebut melalui terowong laluan bas di KL Sentral dan menghalang tugas pihak polis ketika menyertai perhimpunan haram tersebut. Anwar dan penyokongnya secara keras cuba mengganggu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan menimbulkan pelbagai provokasi termasuk melaungkan “serang pihak polis” sekali gus memaksa pihak polis melepaskan gas pemedih mata.

PAS turut diperkuda dan ditunggangi dari belakang oleh Anwar untuk menyertai perhimpunan haram tersebut. Jelaslah bahawa pemimpin PAS dari kalangan profesional (Erdogan) mudah dicucuk hidung oleh Anwar selain memulas telinga Ambiga. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga lemah dengan menurut telunjuk Timbalannya, Mat Sabu yang ternyata penyokong kuat Anwar.

Lakonan Anwar yang tidak bersih telah menyusahkan banyak pihak. Rakyat telah terperangkap berjam-jam dalam kesesakan lalulintas, para peniaga kerugian ribuan ringgit kerana terpaksa menutup premis dan sektor pelancongan negara turut mengalami kerugian besar. Aktiviti biasa rakyat juga terjejas dan menghadapi pelbagai permasalahan akibat perhimpunan haram tersebut. Imej negara di kalangan pelabur dan pelancong antarabangsa terjejas dan memakan masa cuma diyakinkan. Semua ini akibat lakonan seorang manusia durjana, pengkhianat, petualang negara dan penderhaka – ANWAR IBRAHIM.

Anwar dan PR adalah perosak keamanan dan keselamatan negara. Janganlah kita diperbodohkan lagi. Marilah kita bertekad menolak Anwar dan PR dalam PRU 13 nanti. Hanya BN mampu membawa keharmonian dan kemakmuran rakyat secara berterusan. Jauhilah diri kita daripada manusia seperti ANWAR Ibrahim. GENGRAMBO

Tuesday, 12 July 2011

BERSIH 2.0: LUAHAN BEKAS TENTERA

Kepada sesiapa yang menganggap mereka yang menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 adalah wira negara,sila baca artikel di bawah ini...
Bekas tentera terkilan peserta BERSIH dianggap wira
KOTA BHARU (Berita Harian): Seorang bekas tentera berpangkat Mejar yang hilang mata kiri, selain separuh jari manis kiri terputus serta mengalami kecederaan di kepala, dada dan kaki akibat terkena letupan bom tangan pada 1978, menganggap mereka yang mahu memberi taraf wira kepada peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada Sabtu lalu, adalah memalukan.

Mohd Noor Hussain, 62, yang berkhidmat selama 32 tahun dalam tentera berkata, sebagai seseorang yang pernah berjuang mempertahan negara daripada musuh, beliau amat terkilan apabila mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram mahu diangkat sebagai wira, sedangkan negara ketika itu berada dalam keadaan huru-hara.

"Saya ingin bertanya, apa pengorbanan dilakukan peserta BERSIH sehingga boleh dianggap wira kerana perbuatan 9 Julai lalu itu lebih membawa kemusnahan negara, bukannya perjuangan ke arah kebaikan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dalam portal internet pembangkang, Harakahdaily, yang berkata, peserta BERSIH berhak dikalung wira negara kerana sanggup menghadirkan diri ke perhimpunan itu walaupun berdepan halangan dan rintangan.
Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatan dengan pangkat Mejar pada 1993 berkata, adalah senang untuk memusnahkan negara seperti dilakukan BERSIH tetapi rakyat perlu sedar pengorbanan pemimpin menuntut kemerdekaan sehingga Malaysia menjadi maju seperti sekarang.
"Rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan aman sekarang, berkat perjuangan tokoh serta wira negara sebelum ini dan kita harus mengekalkan keadaan itu selama-lamanya dengan menjauhi kegiatan yang membawa kepada kemusnahan negara.
"Rakyat asing berpusu-pusu masuk ke Malaysia kerana aman serta mewah dan satu kerugian jika rakyat sendiri melepaskan nikmat itu kepada orang luar dengan mengadakan perhimpunan haram itu," katanya.
Beliau yang cedera parah apabila bom tangan meletup ketika cuba menyelamatkan seorang bakal pegawai tentera dalam latihan melontar bom berkata, kepimpinan BERSIH sepatutnya menggunakan platform Parlimen untuk bersuara.
Katanya, segala isi hati yang terbuku selama ini boleh dilontarkan di Parlimen kerana ia akan didengar serta dibahaskan dan jika baik untuk rakyat serta negara, ia boleh diluluskan untuk diwartakan.
Bagi saya, perserta bersih adalah WIRA yang telah dibayar oleh negara asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan negara kita. Renung-renungkan lah wahai rakyat Malaysia.GENGRAMBO

Thursday, 7 July 2011

BERSIH 2.0: Kenapa Nak Pertikai Latihan Bersama ATM dan PDRM


Ada pihak yang mempertikaikan latihan bersama ATM dan PDRM yang didakwa bagi menakut-nakutkan orang ramai. Mereka mendakwa latihan tersebut adalah persiapan bagi menghadapi BERSIH 2.0 pada 9 Jul. 

Semasa Eksesais Bersatu Aman di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur baru-baru ini, ada satu kain rentang yang dikibarkan oleh pihak ATM.  Kain rentang tersebut yang ditulis “Bersurailah kamu kalau tidak kami tembakmendapat reaksi yang negatif dari pihak tertentu. Namun kita perlu tahu, ATM hanya melaksanakan latihan menjaga ketenteraman awam. Dalam dunia kententeraan ia dikenali sebagai latihan Kawad Mencegah Rusuhan (POPO).

Di Malaysia, POPO pernah dipraktikkan secara sepenuhnya semasa 13 Mei 1969. Ketika keadaan berada di luar kawalan dengan pergaduhan meletus di sana sini.

Harus kita semua ingat, dalam POPO, kain rentang seperti “Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” adalah sebahagian daripada peralatan untuk berhadapan dengan perusuh. Kain rentang digunakan jika suara gagal didengari oleh perusuh, mereka boleh nampak tulisan dan membaca apa tindakan lanjut pihak tentera jika mereka terus merusuh. Ini bukan amalan di Malaysia sahaja….ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) tentera seluruh dunia.

Ingat, kain rentang seumpama itu adalah peralatan untuk mengembalikan ketenteraman awam. Tentera mesti memperlihatkan sifat mereka yang garang. Takkan kita hendak lihat kain rentang yang ditulis  “Jom kita pi pekena teh tarik”.

Tetapi itu hanyalah latihan, tentera hanya akan terlibat jika Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pertahanan baru-baru ini. 

Jadi, kita sama-samalah menjaga keharmonian dan ketenteraman awam negara kita yang tercinta. Jangan kita melibatkan diri dengan perhimpunan haram yang boleh mengundang bencana terhadap Malaysia. 

Ingatlah kita akan menyambut kemerdekaan Negara ke-54 pada 31 Ogos nanti. Jangan kita sia-siakan perjuangan bekas-bekas perajurit yang telah terkorban demi kesejahteraan yang kita kecapi kini. Fikir-Fikirkan lah.
GENGRAMBO

Tuesday, 5 July 2011

Perhimpunan Bersih Dibatalkan, Tetapi.....

Penganjur Perhimpunan Bersih 2.0, Ambiga, akhirnya terpaksa akur dengan tekanan pelbagai pihak untuk membatalkan Bersih 2.0 tetapi beliau cuma membatalkan perhimpunan di jalanan dengan mengalihkanya ke stadium. Keputusan tersebut dibuat setelah beliau mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong hari ini.

Walaupun tempat perhimpunan diubah, ceritanya adalah sama sahaja. Jika tidak mendapat permit dari pihak polis, perhimpunan tersebut tetap haram. Jika sebaliknya, syarat-syarat yang ketat perlu dikenakan kepada pihak penganjur bagi menjamin keselamatan awam.

Di mana pun perhimpunan tersebut dilaksanakan jika ianya menjadi tidak terkawal perkara yang tidak diingini pasti akan berlaku, kerana di dalam perhimpunan tersebut pasti ada pihak yang akan cuba memanaskan suasana dengan membuat provokasi yang mungkin akan mencetuskan pergaduhan.Yang pastinya, pihak yang membantah perhimpunan tersebut akan turut sama hadir.

Justeru itu, jika perhimpunan tersebut dibenarkan, biarlah pihak yang menyokong sahaja yang terlibat. Ini bagi mengelakkan berlaku pertembungan dua puak yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diinginkan oleh kita semua. 

Yang sebaik-baiknya, sebagai rakyat Malaysia, dinasihatkan janganlah terlibat atau hadir pada perhimpunan tersebut. BERSIH 2.0 hanyalah untuk kepentingan pihak tertentu yang tidak berpuashati dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini. GENGRAMBO

Monday, 4 July 2011

LAPORAN POLIS BANTAH PERHIMPUNAN HARAM

(BERNAMA) Di Johor Bharu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Johor, membuat laporan polis membantah perhimpunan yang dirancang pada 9 Jul 11. Laporan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua PBTM Johor, Kamis Mohd Noor di Balai Polis Tampoi sambil diiringi oleh kira-kira 50 ahli PBTM seluruh negeri Johor. PBTM yang mewakili seluruh bekas tentera dan keluarga membantah sekeras-kerasnya perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara, kemusnahan harta benda, pergaduhan dan kemungkinan kehilangan nyawa.

Kami menyokong penuh tindakan PBTM cawangan Johor tersebut, kerana ini menunjukkan bahawa bekas tentera tidak akan terpengaruh dengan kumpulan tententu yang cuba hendak mempengaruhi bekas tentera menyertai perhimpunana haram. Diharapkan selepas ini, semua persatuan yang dianggotai oleh bekas tentera mengikut jejak langkah PBTM Johor membuat laporan polis.
GENGRAMBO

Saturday, 2 July 2011

Ahli Persatuan Bekas Tentera dapat kuota 30 peratus PPR

KOTA KINABALU (Berita Harian): Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan kuota 30 peratus bagi ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Sabah menduduki rumah menerusi program Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Timbalan Menteri, Datuk Lajim Ukin, berkata kuota berkenaan dikhususkan bagi ahli berdaftar dan permohonan boleh dibuat menerusi PBTM bagi mendapatkan unit berdasarkan lokasi daerah yang mempunyai PPR.

“Kita sedar ada ahli PBTM di negeri ini yang terpaksa menyewa rumah pada kadar tinggi selepas bersara.
“Masalah ini akan diatasi menerusi penetapan kuota berkenaan supaya mereka boleh tinggal di kediaman selesa tanpa perlu membayar sewa tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PBTM Sabah ke-29 di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PBTM, Kapten Shahruddin Omar dan Yang Dipertua PBTM Sabah, Abdul Sanon Sapari.

Lajim berkata, ada ahli PBTM yang kini bekerja di sektor swasta di beberapa bandar utama di Sabah, dikatakan sukar menampung kehidupan berikutan terpaksa menyewa kediaman pada kadar tinggi.

“Peluang memiliki PPR diharap dapat meringankan beban kewangan mereka kerana sewanya lebih murah iaitu sekitar RM124 hingga RM150 sebulan.

Sementara itu, Lajim berkata, ahli PBTM perlu mengikis persepsi bahawa persatuan berkenaan bergantung kepada sumbangan semata-mata untuk terus berfungsi.

Sebaliknya, beliau menggalakkan ahli PBTM berusaha merebut peluang dalam sektor ekonomi menerusi pelbagai peluang disediakan kerajaan.

Pada masa sama, Lajim mahu PBTM cawangan Sabah menambah ahli. Ada kira-kira 7,000 daripada 10,000 pesara tentera di Sabah belum menjadi ahli.

“Cari sebab kenapa (mereka tidak menjadi ahli) sama ada tidak tahu atau tidak diyakinkan bahawa persatuan sebenarnya boleh membantu mereka.

“Adakah kerana mereka tinggal di pedalaman atau terpencil, maka mereka fikir akan dipinggirkan atau ada sebab lain,” katanya.

Kepada bekas tentera, cuba fikir pakai otak, adakah PKR dapat memberikan kemudahan tersebut sebagaimana yang diberi oleh kerajaan. Kalau ada bekas -bekas tentera yang telah dapat kemudahan yang diberikan oleh PKR, SILA BUKTIKAN. GENGRAMBO

Saturday, 25 June 2011

Tahan gaji sertai perhimpunan

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

(Berita Harian 25/06/11). BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis. 
................................................................................................................

Tindakan Kementerian Pelajaran memang patut dicontohi oleh semua kementerian. Kakitangan kerajaan memang tidak sepatutnya terlibat di dalam perhimpunan haram bagi menentang kerajaan yang membayar gaji mereka. 
Kalau hendak sertai juga, letak jawatan, itu adalah jalan yang terbaik bagi mereka yang sememangnya tidak mengenang budi.

Thursday, 23 June 2011

Apa PKR Boleh Beri Kepada Bekas Tentera?


“KOBAT akan adakan perhimpunan untuk beri penjelasan kepada bekas tentera tentang apa faedah yang PKR boleh beri kepada bekas perajurit”.

Persoalannya sekarang, Apa faedah yang PKR boleh beri kepada bekas tentera?

Selama ini bekas tentera jika ada sebarang masalah akan mengadu kepada Jabatan Hal ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Segala aduan akan diambil tindakan secepat mungkin. Kalau mengadu kepada PKR, apa yang PKR boleh beri?. Hanya omong kosong!!

Bekas tentera sejak dari dahulu lagi telah mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan, jadi tak payahlah PKR hendak membela bekas tentera yang memang sudah terbela.

Kepada “KOBAT” kami bekas tentera tidak akan terpengaruh dengan dakyah-dakyah anda, yang sememangnya hanya untuk kepentingan pihak tertentu.
GENGRAMBO