Saturday 2 July 2011

Ahli Persatuan Bekas Tentera dapat kuota 30 peratus PPR

KOTA KINABALU (Berita Harian): Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan kuota 30 peratus bagi ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Sabah menduduki rumah menerusi program Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Timbalan Menteri, Datuk Lajim Ukin, berkata kuota berkenaan dikhususkan bagi ahli berdaftar dan permohonan boleh dibuat menerusi PBTM bagi mendapatkan unit berdasarkan lokasi daerah yang mempunyai PPR.

“Kita sedar ada ahli PBTM di negeri ini yang terpaksa menyewa rumah pada kadar tinggi selepas bersara.
“Masalah ini akan diatasi menerusi penetapan kuota berkenaan supaya mereka boleh tinggal di kediaman selesa tanpa perlu membayar sewa tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PBTM Sabah ke-29 di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden PBTM, Kapten Shahruddin Omar dan Yang Dipertua PBTM Sabah, Abdul Sanon Sapari.

Lajim berkata, ada ahli PBTM yang kini bekerja di sektor swasta di beberapa bandar utama di Sabah, dikatakan sukar menampung kehidupan berikutan terpaksa menyewa kediaman pada kadar tinggi.

“Peluang memiliki PPR diharap dapat meringankan beban kewangan mereka kerana sewanya lebih murah iaitu sekitar RM124 hingga RM150 sebulan.

Sementara itu, Lajim berkata, ahli PBTM perlu mengikis persepsi bahawa persatuan berkenaan bergantung kepada sumbangan semata-mata untuk terus berfungsi.

Sebaliknya, beliau menggalakkan ahli PBTM berusaha merebut peluang dalam sektor ekonomi menerusi pelbagai peluang disediakan kerajaan.

Pada masa sama, Lajim mahu PBTM cawangan Sabah menambah ahli. Ada kira-kira 7,000 daripada 10,000 pesara tentera di Sabah belum menjadi ahli.

“Cari sebab kenapa (mereka tidak menjadi ahli) sama ada tidak tahu atau tidak diyakinkan bahawa persatuan sebenarnya boleh membantu mereka.

“Adakah kerana mereka tinggal di pedalaman atau terpencil, maka mereka fikir akan dipinggirkan atau ada sebab lain,” katanya.

Kepada bekas tentera, cuba fikir pakai otak, adakah PKR dapat memberikan kemudahan tersebut sebagaimana yang diberi oleh kerajaan. Kalau ada bekas -bekas tentera yang telah dapat kemudahan yang diberikan oleh PKR, SILA BUKTIKAN. GENGRAMBO

No comments:

Post a Comment