Saturday 16 July 2011

Bekas Tentera Banyak Keistimewaannya

Kepada bekas-bekas tentera seluruh Malaysia yang sebahagiannya yang masih tidak bersyukur dan sering mempertikaikan pihak kerajaan yang telah memberi pelbagai keistimewaan kepada anda sila baca artikel berikut:

KUCHING: Kertas kerja berhubung pemintaan ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang mahukan mereka diberi layanan dan pengiktirafan setaraf bekas tentera di seluruh negara sudah diserahkan, namun masih menunggu kelulusan kerajaan.
Presiden PBPM, Shafiee Bakri berkata, kertas kerja terbabit mengandungi beberapa permintaan, antaranya pemberian pingat jasa dan elaun kepada bekas polis yang berkhidmat ketika darurat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, katanya, mereka meminta diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Bekas Polis serta pemberian kutipan Hari Pahlawan bagi menjaga kebajikan bekas anggota terbabit.
“Semua kertas kerja cadangan terbabit diserahkan kepada menteri berkaitan dan persatuan masih menunggu untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet,” katanya ketika menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Pemilihan PBPM Bahagian Negeri Sarawak 2011/14, semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Perancangan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Hadir sama Ahli Parlimen Santubong memerangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam majlis itu, Abang Johar turut menghadiahkan ‘buah tangan’ buat bekas anggota terbabit apabila mengumumkan menyalurkan peruntukan RM20,000 kepada PBPM Sarawak.
Shafiee berkata, pada masa sama, PBPM menyerahkan surat berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai memaklumkan dan berharap, Kerajaan Pusat mempertimbangkan rayuan bekas polis dengan sewajarnya.
“Persatuan memohon kerajaan mempertimbangkan rayuan bekas polis seluruh negara yang mahu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan bekas tentera,” katanya.
 Untungnya menjadi bekas tentera yang sentiasa dijaga kebajikan mereka walaupun telah bersara. Yang masih berkhidmat tentunya lebih terjaga dari semua sudut. Pihak yang merancang hendak menjadikan bekas tentera sebagai penyokong mereka untuk kepentingan puak pakatan, fikirlah sepuluh kali. Dapatkah anda berikan apa yang dimiliki sekarang ini. Fikir-fikirkan lah...
GENGRAMBO

No comments:

Post a Comment