Tuesday 5 July 2011

Perhimpunan Bersih Dibatalkan, Tetapi.....

Penganjur Perhimpunan Bersih 2.0, Ambiga, akhirnya terpaksa akur dengan tekanan pelbagai pihak untuk membatalkan Bersih 2.0 tetapi beliau cuma membatalkan perhimpunan di jalanan dengan mengalihkanya ke stadium. Keputusan tersebut dibuat setelah beliau mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong hari ini.

Walaupun tempat perhimpunan diubah, ceritanya adalah sama sahaja. Jika tidak mendapat permit dari pihak polis, perhimpunan tersebut tetap haram. Jika sebaliknya, syarat-syarat yang ketat perlu dikenakan kepada pihak penganjur bagi menjamin keselamatan awam.

Di mana pun perhimpunan tersebut dilaksanakan jika ianya menjadi tidak terkawal perkara yang tidak diingini pasti akan berlaku, kerana di dalam perhimpunan tersebut pasti ada pihak yang akan cuba memanaskan suasana dengan membuat provokasi yang mungkin akan mencetuskan pergaduhan.Yang pastinya, pihak yang membantah perhimpunan tersebut akan turut sama hadir.

Justeru itu, jika perhimpunan tersebut dibenarkan, biarlah pihak yang menyokong sahaja yang terlibat. Ini bagi mengelakkan berlaku pertembungan dua puak yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diinginkan oleh kita semua. 

Yang sebaik-baiknya, sebagai rakyat Malaysia, dinasihatkan janganlah terlibat atau hadir pada perhimpunan tersebut. BERSIH 2.0 hanyalah untuk kepentingan pihak tertentu yang tidak berpuashati dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini. GENGRAMBO

No comments:

Post a Comment