Thursday 7 July 2011

BERSIH 2.0: Kenapa Nak Pertikai Latihan Bersama ATM dan PDRM


Ada pihak yang mempertikaikan latihan bersama ATM dan PDRM yang didakwa bagi menakut-nakutkan orang ramai. Mereka mendakwa latihan tersebut adalah persiapan bagi menghadapi BERSIH 2.0 pada 9 Jul. 

Semasa Eksesais Bersatu Aman di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur baru-baru ini, ada satu kain rentang yang dikibarkan oleh pihak ATM.  Kain rentang tersebut yang ditulis “Bersurailah kamu kalau tidak kami tembakmendapat reaksi yang negatif dari pihak tertentu. Namun kita perlu tahu, ATM hanya melaksanakan latihan menjaga ketenteraman awam. Dalam dunia kententeraan ia dikenali sebagai latihan Kawad Mencegah Rusuhan (POPO).

Di Malaysia, POPO pernah dipraktikkan secara sepenuhnya semasa 13 Mei 1969. Ketika keadaan berada di luar kawalan dengan pergaduhan meletus di sana sini.

Harus kita semua ingat, dalam POPO, kain rentang seperti “Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” adalah sebahagian daripada peralatan untuk berhadapan dengan perusuh. Kain rentang digunakan jika suara gagal didengari oleh perusuh, mereka boleh nampak tulisan dan membaca apa tindakan lanjut pihak tentera jika mereka terus merusuh. Ini bukan amalan di Malaysia sahaja….ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) tentera seluruh dunia.

Ingat, kain rentang seumpama itu adalah peralatan untuk mengembalikan ketenteraman awam. Tentera mesti memperlihatkan sifat mereka yang garang. Takkan kita hendak lihat kain rentang yang ditulis  “Jom kita pi pekena teh tarik”.

Tetapi itu hanyalah latihan, tentera hanya akan terlibat jika Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pertahanan baru-baru ini. 

Jadi, kita sama-samalah menjaga keharmonian dan ketenteraman awam negara kita yang tercinta. Jangan kita melibatkan diri dengan perhimpunan haram yang boleh mengundang bencana terhadap Malaysia. 

Ingatlah kita akan menyambut kemerdekaan Negara ke-54 pada 31 Ogos nanti. Jangan kita sia-siakan perjuangan bekas-bekas perajurit yang telah terkorban demi kesejahteraan yang kita kecapi kini. Fikir-Fikirkan lah.
GENGRAMBO

No comments:

Post a Comment