Eurofighter Typhoon merupakan pesawat pejuang lincah, sayap delta, sirip hadapan dan berenjin kembar pelbagai fungsi. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat kongsi - Alenia Aeronautica, BAE Systems dan EADS - melalui syarikat pemegangan Eurofighter GmbH yang ditubuhkan pada 1986. Projek ini diuruskan oleh NETMA (NATO Eurofighter and Tornado Management Agency) yang bertindak sebagai pelanggan utama. Bagaimanapun, kajian mengenai projek ini telah bermula sejak 1979 lagi.
Tertib pengeluaran Eurofighter Typhoon telahpun bermula. Pesawat ini telah mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman (Luftwaffe), Tentera Udara Itali dan Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Austria. Arab Saudi pula telah memeterai perjanjian kontrak bernilai GB£4.43 bilion (sekitar €6.4 bilion pada 2007) untuk membeli 72 buah pesawat.
Eurofighter Typhoon adalah pesawat tempur moden yang unik yang mana terdapat 4 kilang pemasangan yang berlainan. Setiap syarikat memasang pesawat negara masing-masing, tetapi mengeluarkan komponen-komponen yang sama untuk semua 620 buah pesawat.
Alenia Aeronautica – Sayap kiri, penutup kepak luar, bahagian fiuslaj belakang
BAE Systems – Fiuslaj depan (termasuk satah depan), kanopi, tulang belakang, sirip ekor, penutup kepak dalam, bahagian fiuslaj belakang
EADS Deutschland – Fiuslaj tengah utama
EADS CASA – Sayap kanan, bilah pinggir depan
Negara yang memiliki Pesawat Eurofighter Typhoon ialah:
Tentera Udara Jerman - 40 (+140 dipesan)
Tentera Udara Itali - 30 (+91 dipesan)
Tentera Udara Diraja Arab Saudi - 2 (+70 dipesan)
Tentera Udara Sepanyol - 19 (+68 dipesan)
Tentera Udara Diraja UK- 49 (+183 dipesan)
Spesifikasi (Typhoon)
Enjin turbofan EJ200
Data dari Data prestasi Typhoon, RAF Typhoon, laman web BAE Systems, AFM
Ciri umum
Anak kapal: 1 (Typhoon F2) atau 2 (Typhoon T1)
Panjang: 15.96 m (52 kaki 5 in)
Rentang sayap: 10.95 m (35 kaki 11 in)
Tinggi: 5.28 m (17 kaki 4 in)
Sayap luas: 50 m² (538 kaki²)
Berat kosong: 11,000 kg (24,250 lb)
Berat berisi: 15,550 kg (34,280 lb)
Berat berlepas maksimum: 23,500 kg (51,800 lb)
Loji kuasa: 2× Eurojet EJ200 kipas turbo pembakar lanjut
Tujahan kering: 60 kN (13,500 lbf) setiap satu
Tujahan dengan pembakar lanjut: 90 kN (20,000 lbf) setiap satu
Prestasi
Di altitud: Mach 2 (2,120 km/j, 1,320 bsj)
Pada aras laut: Mach 1.2
Superkrus: Mach 1.2 - 1.5 bergantung pada muatan
Jarak: 1,390 km (864 kaki)
Jarak maksimum: 3,790 km (2,300 batu)
Lelangit khidmat 19,812 m (65,000 kaki)
Kadar kenaikan: >315 m/s[64][65] (62,000 ft/min[66])
Beban sayap: 311 kg/m² (63.7 lb/kaki²)
Tujahan/berat: 1.16
Pesawat Typhoon berupaya terbang pada kelajuan sepersonik tanpa menggunakan enjin pembakaran lanjut. Keadaan ini dirujuk sebagai "superkruis". Konsortium Eurofighter mendakwa pesawat ini mempunyai kadar belokan kekal sub-sonik yang besar, dan pecutan yang lebih laju pada Mac 0.9 di altitud 20,000 kaki berbanding F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, Dassault Mirage 2000, Rafale, Sukhoi Su-27, dan Mikoyan MiG-29.
Persenjataan
Gun: 1x meriam Mauser BK-27 berkaliber 27 mm dengan 150 butir peluru
Peluru berpandu udara ke udara: AIM-9 Sidewinder, AIM-132 ASRAAM, AIM-120 AMRAAM, IRIS-T dan MBDA Meteor (akan datang)
Peluru berpandu udara ke permukaan: AGM-84 Harpoon, AGM-88 HARM, ALARM, Storm Shadow (AKA "Scalp EG"), Brimstone, KEPD 350, Penguin dan AGM Armiger (akan datang)
Bom: Paveway 2, Paveway 3, Enhanced Paveway, JDAM, HOPE/HOSBO
Penanda laser seperti pod LITENING
Sumber: WIKIPEDIA
No comments:
Post a Comment