Saturday 16 July 2011

BERSIH 2.0: Jika Anda Anggota Polis, Apakah Tindakan Anda?


Anggota polis dikutuk teruk oleh puak-puak Pakatan Haram. Ada yang menggelar mereka “anjing”. Ada yang mencarut pada mereka. Ada yang kata polis kejam dan zalim. Dan polis hanya berdiam diri, membiarkan ketua mereka menjawab segala tohmahan dan fitnah tersebut.

Saya terfikir, sebagai manusia biasa yang bertugas sebagai penjaga keselamatan dalam negeri, apakah polis tidak punya perasaan bila dikutuk sebegitu rupa? Apakah anggota PDRM di seluruh Malaysia tidak punya hati dan perasaan?

Selama ini, puak-puak tertentu melaung-laungkan hak dan asasi manusia. Apakah anggota PDRM bukan manusia? Dimanakah letakknya hak mereka sebagai manusia, sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk mengawal keamanan negara dari unsur-unsur negatif seperti BERSIH!

Mereka dituduh kononnya kejam, sedangkan itulah tindakan terbaik yang mengikut standard polis di dunia untuk mengekang perhimpunan haram, rusuhan dan seumpamanya. Salahkah mereka bertindak begitu? Salahkah mereka bertindak sedikit tegas dan garang untuk meleraikan perkara yang menidakkan hak rakyat lain dan diri mereka sendiri?

Mereka pun tak suka dikerah untuk bekerja begitu teruk. Mereka juga ada keluarga dan anak bini untuk diluangkan masa bersama. Mereka juga ada tanggungjawab peribadi.

Namun, memandangkan mereka mengutamakan keamanan negara, mereka rela berkorban meninggalkan kepentingan keluarga untuk mengekang BERSIH yang memang betul-betul menyusahkan rakyat dan semua anggota polis di seluruh Malaysia.

Hasil dari tindakan mereka yang sedikit keras itu menyebabkan mereka digelar kejam, zalim, anjing, b*bi, dicarutkan, dimaki hamun, ditohmah dan difitnah oleh media serta pemimpin puak-puak Tertentu. Adilkah mereka dihukum begitu sedangkan puak-puak itulah punca segala kekalutan negara sebelum ini!

Selama ini puak-puak parti berkenaan selalu menyusahkan anggota polis. Apa saja tindakan polis, semuanya salah. Suruh berkali-kali bersurai cara baik, mereka dibalas dengan maki hamun. Bila diarah dengan cota, gas pemedih mata dan semburan air, mereka dikatakan kejam pula!

Apa kata jika semua polis di dalam Malaysia ni letak jawatan dan kita suruh semua pemimpin Bershit tu jadi polis. Kemudian kita buat perhimpunan macam diorang dan kita tengok macamana diorang nak kawal keadaan. Masa tu kita tunjuk perasaan cukup-cukup, amacam?”

Saya tahu, meskipun ada yang setuju, tapi kita takkan berbuat begitu. Kita tidak sebodoh dan tidaklah bersifat tidak rasional seperti BERSIH. Namun sekiranya terjadi, saya fikir, pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang sama.

No comments:

Post a Comment