Saturday 25 June 2011

Tahan gaji sertai perhimpunan

Guru terbabit perarakan haram boleh dikenakan hukuman gantung kerja

(Berita Harian 25/06/11). BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara, Kuching serta Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata mereka yang menyertai perhimpunan haram itu juga berdepan implikasi lebih berat yang tertakluk pada tindakan polis. 
................................................................................................................

Tindakan Kementerian Pelajaran memang patut dicontohi oleh semua kementerian. Kakitangan kerajaan memang tidak sepatutnya terlibat di dalam perhimpunan haram bagi menentang kerajaan yang membayar gaji mereka. 
Kalau hendak sertai juga, letak jawatan, itu adalah jalan yang terbaik bagi mereka yang sememangnya tidak mengenang budi.

No comments:

Post a Comment