(BERNAMA) Di Johor Bharu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Johor, membuat laporan polis membantah perhimpunan yang dirancang pada 9 Jul 11. Laporan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua PBTM Johor, Kamis Mohd Noor di Balai Polis Tampoi sambil diiringi oleh kira-kira 50 ahli PBTM seluruh negeri Johor. PBTM yang mewakili seluruh bekas tentera dan keluarga membantah sekeras-kerasnya perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara, kemusnahan harta benda, pergaduhan dan kemungkinan kehilangan nyawa.
Kami menyokong penuh tindakan PBTM cawangan Johor tersebut, kerana ini menunjukkan bahawa bekas tentera tidak akan terpengaruh dengan kumpulan tententu yang cuba hendak mempengaruhi bekas tentera menyertai perhimpunana haram. Diharapkan selepas ini, semua persatuan yang dianggotai oleh bekas tentera mengikut jejak langkah PBTM Johor membuat laporan polis.
GENGRAMBO
Monday, 4 July 2011
Saturday, 2 July 2011
Ahli Persatuan Bekas Tentera dapat kuota 30 peratus PPR
KOTA KINABALU (Berita Harian): Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan kuota 30 peratus bagi ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Sabah menduduki rumah menerusi program Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Timbalan Menteri, Datuk Lajim Ukin, berkata kuota berkenaan dikhususkan bagi ahli berdaftar dan permohonan boleh dibuat menerusi PBTM bagi mendapatkan unit berdasarkan lokasi daerah yang mempunyai PPR.
“Kita sedar ada ahli PBTM di negeri ini yang terpaksa menyewa rumah pada kadar tinggi selepas bersara. “Masalah ini akan diatasi menerusi penetapan kuota berkenaan supaya mereka boleh tinggal di kediaman selesa tanpa perlu membayar sewa tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PBTM Sabah ke-29 di sini, semalam.
Hadir sama, Naib Presiden PBTM, Kapten Shahruddin Omar dan Yang Dipertua PBTM Sabah, Abdul Sanon Sapari.
Lajim berkata, ada ahli PBTM yang kini bekerja di sektor swasta di beberapa bandar utama di Sabah, dikatakan sukar menampung kehidupan berikutan terpaksa menyewa kediaman pada kadar tinggi.
“Peluang memiliki PPR diharap dapat meringankan beban kewangan mereka kerana sewanya lebih murah iaitu sekitar RM124 hingga RM150 sebulan.
Sementara itu, Lajim berkata, ahli PBTM perlu mengikis persepsi bahawa persatuan berkenaan bergantung kepada sumbangan semata-mata untuk terus berfungsi.
Sebaliknya, beliau menggalakkan ahli PBTM berusaha merebut peluang dalam sektor ekonomi menerusi pelbagai peluang disediakan kerajaan.
Pada masa sama, Lajim mahu PBTM cawangan Sabah menambah ahli. Ada kira-kira 7,000 daripada 10,000 pesara tentera di Sabah belum menjadi ahli.
“Cari sebab kenapa (mereka tidak menjadi ahli) sama ada tidak tahu atau tidak diyakinkan bahawa persatuan sebenarnya boleh membantu mereka.
“Adakah kerana mereka tinggal di pedalaman atau terpencil, maka mereka fikir akan dipinggirkan atau ada sebab lain,” katanya.
Kepada bekas tentera, cuba fikir pakai otak, adakah PKR dapat memberikan kemudahan tersebut sebagaimana yang diberi oleh kerajaan. Kalau ada bekas -bekas tentera yang telah dapat kemudahan yang diberikan oleh PKR, SILA BUKTIKAN. GENGRAMBO
Subscribe to:
Comments (Atom)